More

    Samsung bakal hasilkan cipset 2nm untuk bersaing dengan Apple

    Samsung Foundry dijangka membuat cipset dengan proses 2nm yang diberi nama SF2 dan sedia untuk pengeluaran besar-besaran menjelang 2025. Jika segala proses berjalan lancar, Samsung dijangka menggunakan teknologi ini untuk cipset Exynos 2600 yang akan digunakan dalam telefon pintar siri Galaxy S26.

    Menurut sumber, Samsung mula membangunkan cipset dengan nama kod ‘Thetis’. Menurut laporan sebelumnya, Exynos 2600 akan menampilkan GPU yang dibangunkan secara dalaman dan bukannya berdasarkan seni bina RDNA AMD seperti terdapat dalam Exynos 2400.

    Samsung akan melancarkan siri Galaxy S26 pada Januari 2026 manakala Apple akan melancarkan siri iPhone 17 yang dikatakan menggunakan cipset daripada TSMC dengan teknologi 2nm pada September 2025. Ini bermakna, Apple akan mendahului Samsung untuk penghasilan cipset 2nm pada telefon pintar.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ET News

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured