More

    Penyelidik China bangunkan e-kulit untuk tangan robot yang mampu sembuh sendiri

    Penyelidik China telah membuat satu kejayaan dalam teknologi robotik dengan membangunkan kulit elektronik baharu untuk tangan robotik yang boleh menahan kesejukan melampau dalam penerokaan kutub yang dinamakan e-kulit.

    Inovasi ini menjanjikan peningkatan dengan ketara keupayaan robot yang beroperasi dalam persekitaran yang melampau. Ia mempunyai toleransi yang mampu bertahan untuk kesejukan melampau mencecah suhu negatif 78 darjah celsius.

    Ini menjadikannya sangat sesuai untuk digunakan pada robot penerokaan kutub membolehkan mereka beroperasi dalam keadaan yang ekstrem yang biasanya menjadikan elektronik tradisional rosak. Selain daripada keistimewaan menahan sejuk, e-kulit menawarkan ketangkasan yang dipertingkatkan untuk robot.

    E-kulit memberikan deria sentuhan membolehkan mereka merasai tekanan, mengenali dengan tepat bentuk objek dan juga simbol tertentu. Maklum balas sentuhan ini dengan ketara meningkatkan keupayaan robot untuk berinteraksi dengan persekitarannya dan menyelesaikan tugas dengan lebih berkesan.

    E-kulit juga mempunyai keupayaan penyembuhan diri. Walaupun ia mengalami kerosakan dalam keadaan sejuk yang melampau, keupayaan penghantarannya boleh dipulihkan sepenuhnya. Ini memastikan robot boleh meneruskan misi mereka walaupun terdapat “luka” kecil atau kerosakan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: China Daily

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured