More

    Rakyat Malaysia yang ingin ke Singapura boleh gunakan kod QR bermula 1 Jun 2024

    Bermula 1 Jun 2024, rakyat Malaysia yang ingin merentasi sempadan ke Singapura melalui jalan darat boleh menggunakan kod Respons Pantas (QR) untuk pelepasan imigresen dalam Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

    Untuk menggunakan kod QR, anda boleh gunakannya melalui aplikasi MySejahtera atau muat turun MyTrip dan MyDigital ID.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata fasa pertama dalam penggunaan kod QR ini melibatkan penumpang bas di BSI dan penunggang motosikal yang melalui sistem pelepasan imigresen MBike di KSAB. Fasa pertama akan berlangsung selama tiga bulan, sebelum ia diluaskan kepada pemandu kenderaan awam, diikuti dengan warganegara Singapura dan warga asing lain.

    Kemudahan QR ini diharap akan mengurangkan kesesakan di kompleks imigresen CIQ. Dengan sistem ini, ia akan mengurangkan masa menunggu untuk para penumpang bas semasa waktu puncak, daripada 120 minit kepada 15 minit sahaja. Penumpang bas yang melalui KSAB pula akan mengalami pengurangan waktu menunggu daripada 90 minit kepada 15 minit sahaja.

    Sementara itu, waktu menunggu untuk para penunggang motosikal di BSI akan dikurangkan daripada 40 minit kepada 30 minit sahaja, manakala di KSAB akan dikurangkan daripada 45 minit kepada 30 minit.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NST

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured