More

    Black Shark GS3 dan GT3 Neo dilancar di Malaysia: Jam tangan pintar tahan lasak bermula RM149

    Black Shark Malaysia melancarkan dua utas jam tangan pintar baharu iaitu Black Shark GS3 dan Black Shark GT 3 Neo. Black Shark GS3 merupakan jam tangan yang direka untuk kegunaan tahan lasak, manakala Black Shark GT3 Neo adalah jam tangan yang lebih ringan dan kasual.

    Black Shark GS3

    Black Shark GS3 mempunyai skrin AMOLED berbentuk bulat berukuran 1.43 inci dengan kadar segar semula 60Hz dan dibina dengan kaca tahan lasak Corning Gorilla Glass. Rangkanya dibuat dengan gentian kaca (fiberglass) untuk ketahanan yang tinggi, manakala di bahagian bawah jam pula mempunyai silikon yang mesra kulit untuk keselesaan tinggi pada kulit.

    Jam tahan lasak ini mempunyai rating ketahanan 5ATM serta rating kalis air dan debu IP69K supaya ia boleh digunakan dengan selesa sewaktu bersukan atas darat atau dalam air. Dengan rating 5ATM, ini bermaksud ia boleh digunakan dalam paras kedalaman air sehingga sekitar 50 meter.

    Spesifikasi skrin GS3
    Anda boleh buat panggilan telefon dengan pembatalan hingar ENC

    Black Shark GS3 dilengkapi GPS dalaman yang boleh menjejak kedudukan anda dengan tepat sewaktu mengembara di kawasan liar atau dalam bandar. Ia juga boleh bantu menilai aktiviti senaman dengan merekod jarak, kelajuan, arah dan lain-lain maklumat yang penting untuk mengetahui kualiti senaman anda.

    Ia menyokong lebih 100 mod sukan seperti berjalan, berlari, berenang dan berbasikal. Selepas merekod data senaman anda, ia akan memaparkan pelbagai maklumat kesihatan seperti tempoh bersukan, jumlah kalori yang dibakar dan kadar degupan jantung.

    Baterinya boleh bertahan sehingga 21 hari atau sehingga 45 hari jika anda aktifkan mod penjimatan kuasa. Anda juga boleh membuat panggilan telefon dengan jam ini, di mana ia dilengkapi ENC Call Noise Cancellation supaya ia boleh merakam suara anda dengan jelas.

    Black Shark GS3 akan dijual di Malaysia pada harga RM439 bermula 31 Mei 2024. Untuk masa yang terhad, setiap pelanggan akan menerima hadiah seperti M3 TWS Earbuds, Backpack, Vacuum Flask, tali jam tangan dan pelindung skrin.

    Black Shark GT3 Neo

    Black Shark GT3 Neo pula adalah gelang tangan pintar yang dilengkapi skrin berukuran 2.01 inci dengan resolusi 240×296 dan kecerahan 600 nits. Ia mempunyai rating kalis air dan debu IP68, jadi anda tidak perlu risau jika ia tenggelam ke dalam air.

    "
    "

    Baterinya boleh bertahan sehingga tujuh hari dengan sekali pengecasan penuh. Anda juga boleh membuat panggilan telefon dengannya, dan ia mempunyai teknologi pembatalan hingar ENC Bluetooth Calling untuk kualiti rakaman suara yang lebih jelas.

    Black Shark GT3 Neo akan dijual di Malaysia pada harga RM149 bermula 31 Mei 2024. Untuk masa yang terhad, setiap pelanggan akan menerima hadiah seperti M3 TWS Earbuds, tali jam tangan dan pelindung skrin.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured