More

    PUBG Mobile kini boleh dimainkan dengan kadar 120fps dalam ASUS ROG Phone 8

    Buat para pemain game mudah alih PUBG Mobile, anda kini boleh mendapat kemas kini baharu versi 3.20 yang membenarkan beberapa peranti untuk memainkannya pada kadar bingkai 120fps. Ini akan membuatkan pengalaman gaming anda lebih lancar dan memberi kelebihan ke atas pemain lain yang menggunakan kadar bingkai rendah.

    Antara telefon yang menyokong PUBG Mobile dalam 120fps adalah siri telefon pintar gaming ASUS ROG Phone 8. ASUS juga telah bekerjasama dengan PUBG Mobile untuk menawarkan kandungan khas yang bertemakan PUBG Mobile, seperti karakter baharu bernama Horsem4n dan senjata baharu bernama ROG Revolution iaitu sebuah double barrel pump-action bullpup shotgun yang dihiasi elemen ROG.

    Untuk memainkannya dalam 120fps, anda perlu pergi ke Settings, kemudian dalam seksyen Graphics, lihat pada Frame Rate dan pilih Ultra Extreme. Perlu diingati bahawa hanya telefon-telefon terpilih sahaja yang mempunyai pilihan Ultra Extreme.

    Sempena menyambut kerjasama antara ROG Phone 8 dengan PUBG Mobile, anda boleh dapatkan penjimatan sehingga RM549 jika anda membeli ROG Phone 8 sebelum 30 Jun 2024. Anda juga berpeluang memenangi sebuah ROG Phone 8.

    Para pemain PUBG Mobile juga berpeluang mendapatkan item dalam game yang unik melalui kemas kini Versi 3.20, bernama PROJECT RE:VOLUTION, dalam tempoh yang sama.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan PUBG Mobile dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured