More

    Panasonic LUMIX S9 dilancar di Malaysia: Kamera “full-frame” dengan reka bentuk kompak berharga RM7,599

    Pada hari ini, Panasonic Malaysia telah melancarkan Panasonic LUMIX X9 iaitu sebuah kamera bingkai penuh tanpa cermin (full-frame mirrorless) dengan reka bentuk yang lebih kompak dan kecil berbanding kamera mirrorless lain. Ia ditujukan kepada para pengguna umum seperti pencipta kandungan yang kerap mengambil gambar dan video untuk media sosial.

    Ia dilengkapi sensor CMOS full-fram 24.2MP yang sama dengan kamera LUMIX S5II serta enjin pemprosesan yang boleh menangkap butiran cantik dan tona warna yang natural. Selain itu, ia mempunyai sistem auto-fokus PDAF (Phase Detection Auto-Focus) untuk penjejakan subjek yang tepat dan penstabilan Active IS untuk rakaman video yang lebih lancar walaupun sambil bergerak.

    Satu ciri menarik pada LUMIX S9 adalah fungsi Real Time LUT bagi membenarkan pengguna mengaktifkan LUT dengan pantas untuk mendapatkan gaya visual yang unik. Kamera ini mempunyai butang LUT yang khas untuk akses pantas kepada semua LUT yang disimpan di dalamnya.

    Bagi memudahkan perkongsian fail daripada kamera ke telefon pintar, ia boleh dihubungkan dengan aplikasi LUMIX Lab dalam telefon. Selepas memindahkan gambar dan video ke dalam telefon, pengguna boleh menggunakan LUT mereka sendiri untuk menyunting tanpa perlu membuatnya dalam komputer.

    Kamera ini juga boleh merakam video dalam format MP4 Lite yang mempunyai saiz fail lebih rendah berbanding MP4 biasa. Ini adalah supaya fail video yang dirakam boleh dipindahkan ke telefon dengan lebih pantas, kemudian aplikasi LUMIX Lab juga boleh menyunting pelbagai tetapan video seperti nisbah aspek (aspect ratio) dan banyak lagi.

    Panasonic LUMIX S9 akan dijual pada harga RM7,599 (kamera sahaja) atau RM8,999 (bersama lensa R2060). Pra-tempahan akan dibuka pada 30 Mei hingga 30 Jun 2024 dan ia akan ditawarkan dalam warna hitam Jet Black dan hijau Dark Olive.

    Jika anda membuat pra-tempahan di Lazada atau Shopee pada 6 hingga 30 Jun 2024, ia akan ditawarkan dalam warna hitam Jet Black dan merah Crimson Red. Setiap pra-tempahan LUMIX S9 akan disertakan dengan pemegang kamera SmallRig L-Shape Handle, pek bateri dan kad SD SanDisk Extreme Pro berkapasiti 64GB.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kamera ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured