More

    realme secara rasmi sahkan GT6 bakal dilancar di Malaysia

    Sky Li, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif realme mengesahkan bahawa tidak lama lagi realme GT6 akan dilancarkan ke pasaran global dalam masa terdekat. Sebelum ini, realme GT6 dikesan dalam SIRIM yang menguatkan lagi kehadirannya dalam pasaran Malaysia. Menurut realme, GT6 ialah telefon pintar Al yang direka sebagai Flagship Killer.

    Kita boleh melihat pengacah dengan slogan “The New ‘Flagship Killer’: The Dawn of Smartphone Al is here with realme GT6”. Khabar angin sebelum ini menunjukkan kotak jualan realme GT6 dengan kapsyen ‘Next Al’ dengan menawarkan Al Night Vision, Al Smart Removal, Al Smart Loop dan Al Smart Search.

    Tambahan, realme yakin bahawa GT6 akan menjadi Flagship Killer dengan menyepadukan fungsi AI dalam tiga aspek seperti pengimejan, kecekapan dan pemperibadian. realme GT6 bakal dilancarkan di Malaysia serta beberapa negara lain seperti India, Indonesia, Thailand dan lain-lain.

    realme GT6 diramalkan sebagai versi penjenamaan semula realme GT Neo 6 yang dilancarkan di China. Peranti ini dijangka menampilkan kamera utama Sony LYT-600 50MP dengan keupayaan OIS dan ultralebar IMX355 8MP. Versi realme GT6 di China sendiri dilaporkan menggunakan Snapdragon 8 Gen 3.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme GT6 jika ia dilancarkan secara rasmi kelak dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Forbes

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured