More

    KTMB umum 6 perkhidmatan baru ETS Express yang akan bermula 1 Ogos ini

    Mulai 1 Ogos, KTM Berhad (KTMB) akan melancarkan perkhidmatan ETS Express baharu untuk mengurangkan masa perjalanan di beberapa laluan utama. Perkhidmatan baharu itu akan merangkumi enam tren meliputi laluan KL Sentral-Ipoh, KL Sentral-Butterworth dan KL Sentral-Padang Besar.

    Perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh kini akan mengambil masa dua jam, ke Butterworth tiga jam 30 minit dan ke Padang Besar empat jam 50 minit. Kereta api ekspres ini hanya akan berhenti di stesen utama yang berpotensi menjimatkan penumpang sehingga 40 minit dalam masa perjalanan. Selain itu, jadual perkhidmatan ETS KTMB akan dikemas kini pada 1 Ogos untuk mencerminkan perubahan ini.

    Dengan pengenalan ETS Express, kekerapan tren ETS berhenti di stesen seperti Tanjung Malim, Sungai Buloh dan Kampar akan berkurangan. Jadual baharu itu termasuk lima tren pergi dan balik Ipoh dan Padang Besar serta enam tren pergi dan balik Butterworth. Tiket untuk perkhidmatan ini boleh dibeli mulai hari ini, 30 Mei daripada jam 12 tengah hari.

    Untuk pembelian tiket atau pertanyaan lanjut, penumpang boleh melayari laman web KTMB atau menggunakan aplikasi mudah alih KTMB (KITS) yang tersedia untuk pengguna Android dan iOS.

    Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured