Proton New Energy Technology (PRO-NET), peneraju dalam sektor kenderaan elektrik (EV) telah menandatangani perjanjian untuk mengembangkan rangkaian pengecasan EV bersama ChargeSini. Kerjasama ini adalah untuk membangunkan lanskap EV dan menyediakan ekosistem terbaik demi kemudahan pelanggan dan pengguna EV di seluruh negara.
Dengan mengintegrasikan rangkaian stesen pengecas ChargeSini melalui aplikasi Hello smart, PRO-NET membuka jalan bagi pengalaman pengecasan EV yang lancar kepada semua pengguna. Integrasi ini menandakan satu tanda aras yang ketara kerana ia dapat meluaskan rangkaian pengecasan awam daripada 70% hingga kepada lebih 75% di seluruh negara.

Aplikasi Hello smart kini merupakan aplikasi tunggal pertama di Malaysia yang menyediakan akses ke stesen pengecasan dari empat charge point operator (CPO) yang berbeza. Aplikasi Hello smart akan mempunyai lebih daripada 75% rangkaian titik pengecasan awam di seluruh negara.
Penambahbaikan ini akan dikemaskini dalam aplikasi Hello smart pada suku ketiga. Menerusi aplikasi Hello smart dan Display Head Unit (DHU) dalam kenderaan, pengguna boleh mencari dengan mudah lokasi stesen pengecasan yang terdekat.
Pengguna smart dapat memulakan sesi pengecasan dan membuat pembayaran secara atas talian menerusi aplikasi Hello smart. PRO-NET juga sedang bersiap sedia untuk melancarkan smart #3 yang akan hadir pada suku ketiga tahun ini diikuti pula dengan kemunculan PROTON EV pada tahun 2025.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






