More

    vivo Malaysia anjurkan promosi 6.6 di Shopee dan Lazada, telefon serendah RM316 sahaja

    vivo Malaysia akan menganjurkan kempen promosi khas sempena musim jualan 6.6 iaitu Lazada 6.6 Super WOW SALE dan Shopee 6.6 Super Mid Year Sale. Dalam promosi terhad ini, pelbagai telefon pintar iQOO dan vivo akan dijual pada harga diskaun, malah para pelanggan juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

    Berikut adalah maklumat penuh mengenai promosi vivo di Lazada dan Shopee pada bulan ini:

    Lazada 6.6 Super WOW SALE

    Lazada 6.6 Super WOW SALE akan dianjurkan dalam laman rasmi vivo di LazMall dan akan berlangsung bermula 5 Jun 2024 jam 8:00 malam sehingga 8 Jun 2024 jam 8:00 malam. Anda boleh menerima diskaun sehingga 48% untuk pelbagai model telefon serta baucar-baucar tambahan seperti Suprise Voucher RM100, Lazada Vouchers dan Laz Coins.

    Berikut adalah senarai telefon vivo dan iQOO yang terlibat dalam promosi ini:

    Senarai telefon vivo yang dijual pada harga diskaun di Lazada

    Untuk dua telefon vivo yang baru dilancar iaitu vivo V30e dan vivo Y100, ia tidak dijual dengan harga diskaun namun anda boleh dapatkan hadiah menarik apabila anda membelinya. Jika anda membeli telefon pintar andalan vivo X100 Pro 5G pula, anda akan menerima penggoreng udara (air fryer) secara percuma, namun ia hanya terhad untuk 10 pelanggan pertama.

    Hadiah-hadiah menarik untuk pembelian vivo V30e 5G, vivo Y100 5G dan vivo X100 Pro 5G

    Shopee 6.6 Super Mid Year Sale

    Shopee 6.6 Super Mid Year Sale akan dianjurkan dalam laman rasmi vivo di Shopee Mall dan akan berlangsung bermula 6 Jun 2024 jam 12:00 tengah malam. Anda boleh menerima diskaun sehingga 42% dan pulangan tunai (cashback) sehingga 12% untuk pelbagai model telefon vivo, serta diskaun tambahan sehingga RM400 daripada pelbagai baucar tambahan.

    Model telefon vivo/iQOOHarga diskaunHarga asal
    vivo Y02T (4+64GB)RM 304RM 399
    vivo Y02T (4+128GB)RM 352RM 499
    vivo Y36 5GRM 617RM 1099
    vivo Y17sRM 427RM 599
    vivo X90 5G (12+256GB)RM 1999RM 3699
    vivo X90 PRO 5GRM 2899RM 4999
    iQOO 12 5GRM 2859RM 3399
    iQOO Z9 5G (8GB+256GB)RM 1009RM 1399
    iQOO Z9x 5G (8GB+256GB)RM 730RM 1099
    iQOO Z9x (8GB+128GB)RM 642RM 999

    Untuk telefon-telefon vivo yang baharu seperti vivo V30 Series, vivo Y03, vivo X100 Series dan vivo Y18, ia tidak dijual pada harga diskaun namun anda boleh dapatkan pulangan tunai sehingga 12% serta pelbagai hadiah menarik. Selain itu, promosi untuk telefon-telefon ini hanya akan berlangsung selama dua jam sahaja iaitu pada 6 Jun 2024 daripada jam 12:00 tengah malam sehingga 2:00 pagi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured