More

    realme GT 6 Series akan dilancar pada 20 Jun 2024

    realme bakal melancarkan siri telefon pintar andalan (flagship) pertama untuk tahun ini iaitu realme GT 6 dan realme GT 6T pada 20 Jun 2024 untuk pasaran antarabangsa. Mereka juga mengesahkan bahawa siri telefon ini akan dilancar untuk pasaran Malaysia, namun tidak pasti jika ia akan berlaku pada hari yang sama.

    realme juga sudah berkongsi reka bentuk telefon tersebut, namun kebanyakan spesifikasinya masih belum diketahui. Beberapa spesifikasi yang sudah disahkan termasuklah skrin LTPO dengan kecerahan puncak 6,000 nits serta pengiktirafan SGS Five-star Sunlight-Readable dan AI Eye-Protection Display untuk pengalaman yang selesa pada mata anda.

    Dua pilihan warna untuk realme GT 6 Series

    realme GT 6T mungkin adalah realme GT Neo6 SE yang dijenamakan semula untuk pasaran antarabangsa (realme GT Neo6 SE hanya dijual dalam pasaran China). Jika benar, ia bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 3, pengecasan pantas 120W, bateri 5,000mAh dan, dua kamera belakang (kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 8MP) dan kamera swafoto 32MP).

    Seperti kebanyakan telefon andalan yang dilancar pada tahun ini, siri realme GT 6 akan menawarkan beberapa fungsi kecerdasan buatan (AI), namun mereka masih belum berkongsi manfaat yang boleh dinikmati daripada fungsi tersebut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured