fbpx
More

    Pelancaran Huawei Y6p di Malaysia: Skrin 6.3 inci, bateri 5,000mAh pada harga RM559

    Huawei Malaysia hari ini melancarkan sebuah telefon pintar kelas permulaan, Huawei Y6p, yang dilengkapi bateri dan skrin yang agak besar. Dengan hanya RM559, anda boleh mendapatkan telefon dengan skrin 6.3 inci dan bateri 5,000mAh.

    Daripada segi kamera, ia dilengkapi dua kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 13MP dan kamera ultra-lebar, manakala kamera hadapan pula adalah kamera selfie 8MP.

    Ia dikuasai oleh cipset MediaTek 6765, RAM 4GB dan storan 64GB. Jika storan tersebut tidak mencukupi, pembeli Huawei Y6p juga akan mendapat storan awanan 15GB percuma selama 12 bulan. Ia terdapat dalam tiga warna iaitu hijau Emerald Green, ungu Phantom Purple dan hitam Midnight Black.

    Jika anda inginkan telefon pintar yang lebih murah, anda boleh mendapatkan Huawei Y5p pada harga RM359. Kedua-dua peranti ini boleh dibeli di semua kedai Huawei, pengedar sah dan kedai dalam talian bermula 16 Mei ini.

    Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kian menjelang, Huawei Y6p sesuai dijadikan peranti untuk mengambil gambar dan merakam video kenangan manis bersama keluarga. Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X