fbpx
More

    realme GT 6 bakal dilengkapi skrin paling cerah dalam dunia

    realme bakal melancarkan siri telefon pintar andalan (flagship) realme GT 6 pada 20 Jun 2024 dan maklumat mengenai reka bentuk dan spesifikasinya telah pun dikongsi sedikit oleh realme. Kini, syarikat teknologi China itu mendedahkan bahawa skrin realme GT 6 bakal memiliki skrin yang paling cerah untuk sebuah telefon pintar.

    Skrin realme GT 6 bakal mempunyai kecerahan puncak (peak brightness) sehingga 6,000 nits Ultra Bright Display, membuatkan skrin ini sangat mudah dilihat walaupun di bawah cahaya matahari terik.

    Selain itu, ia juga dilengkapi beberapa teknologi HDR dan Pro-XDR yang dikhaskan untuk meningkatkan pengalaman sewaktu bermain game. Apabila diaktifkan, ia boleh meningkatkan jurang dinamik (dynamic range) serta menjana imej dengan warna yang lebih terang dan hitam yang lebih gelap untuk imej keseluruhan yang lebih cantik.

    Skrin ini juga mempunyai teknologi LTPO 8T yang menawarkan penjimatan penggunaan tenaga sehingga 20%. Ia berfungsi dengan merendahkan kadar segar semula (refresh rate) skrin sewaktu pengguna sedang menonton imej yang statik seperti mesej atau artikel, kemudian meningkatkan kadar tersebut untuk imej yang bergerak pantas.

    Ia turut mempunyai pemalapan (dimming) PWM 2,160Hz untuk pengalaman tontonan yang lebih selesa pada mata, serta teknologi AI yang boleh mengubah kecerahan dan suhu warna skrin jika ia digunakan dalam situasi malap.

    Anda boleh baca artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi realme GT 6. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Google Podcasts tidak lagi tersedia di Malaysia

    Google sebelum ini mengumumkan penamatan Google Podcasts pada 23 Jun 2024. Namun, ia masih boleh diakses dan digunakan untuk mendengar podcast selepas...

    HONOR Magic V3 didedah secara rasmi – Lebih ringan, lebih nipis!

    Sejak dikeluarkan pada Julai lalu, HONOR Magic V2 telah menjadi telefon pintar boleh lipat bentuk buku paling nipis dengan ketebalan terlipat hanya...

    DJI x Hasselblad Experience Store pertama di Malaysia kini dibuka secara rasmi di Suria...

    DJI yang merupakan antara syarikat terkemuka dalam pembuatan dron dan Hasselblad iaitu pengeluar kamera Sweden yang terkenal dengan kamera format sederhana berkualiti...

    HUAWEI MatePad 11.5″S, MateBook 14 diumum di Malaysia – Hadiah percuma sehingga RM2,046 untuk...

    HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition dan HUAWEI MateBook 14 terbaharu kini diumumkan di Malaysia. Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Jun...

    Google Translate tambah sokongan untuk 110 bahasa baharu seperti Iban, Minang dan Jawi

    Google Translate (Terjemahan Google) kini menambah sokongan untuk 110 bahasa baharu dengan bantuan model bahasa (LLM) PaLM 2. Ini adalah penambahan bahasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X