More

    Infinix NOTE 40 Series Racing Edition BMW dilancar, bakal dijual dalam pasaran Malaysia

    Infinix telah mengumumkan kerjasamanya dengan syarikat permotoran BMW Group Designworks untuk melancarkan siri telefon pintar Infinix NOTE 40 Series Racing Edition yang bakal dihiaskan dengan elemen kereta lumba.

    Telefon edisi khas itu akan mempunyai warna, material dan sudahan (colour, material and finish, CMF) yang unik serta direka khas untuk para peminat teknologi dan sukan permotoran. Ia mempunyai rekaan Wings of Speed yang memaparkan garisan menegak dan dicetak menggunakan teknologi ultra-ungu (UV).

    Selain itu, ia ditawarkan dalam warna perak dan dibina dengan material komposit premium untuk memberikan penampilan berkilauan serta memastikan berat yang ringan. Terdapat juga ikon warna biru-hitam-merah yang sinonim dengan BMW Motorsport pada bahagian bonggol kameranya.

    Sebagai siri telefon khas yang dibina bersama BMW, telefon ini mempunyai elemen UI dan latar belakang (wallpaper) Racing Edition yang diinsipirasikan daripada litar lumba seperti garisan dinamik, simbol-simbol lumba dan hiasan tiga warna BMW Motorsport.

    Racing Edition ini disediakan untuk semua telefon dalam siri Infinix NOTE 40 iaitu NOTE 40 Pro+ 5G, NOTE 40 Pro 5G, NOTE 40 Pro, NOTE 40 5G dan NOTE 40. Ia mempunyai fungsi dan spesifikasi dalaman yang sama dengan edisi standard, cuma perbezaannya adalah daripada segi estetika sahaja.

    Infinix sudah mengesahkan bahawa siri khas ini akan dilancar untuk pasaran Malaysia, namun tarikhnya masih belum diberitahu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured