More

    Apple umumkan macOS Sequoia dengan kecerdasan buatan, iPhone “Mirroring” pada Mac

    Dalam acara Worldwide Developers Conference 2024 (WWDC24) baru-baru ini, Apple secara rasmi telah mengumumkan sistem operasi untuk Mac yang ke 15 yang hadir dengan nama macOS Sequoia. Selain menyepadukan banyak ciri baharu iOS 18, macOS Sequoia juga memperkenalkan ciri kesambungan untuk iPhone.

    Melalui fungsi sambungan iPhone, pengguna boleh melihat, mengendalikan iPhone secara terus dan keseluruhan skrin iPhone akan ditunjukkan pada Mac termasuk semua ikon, skrin utama serta aplikasi. Pengguna boleh membuka mana-mana aplikasi iPhone pada Mac dan bunyi yang dihasilkan daripada aplikasi tersebut akan dimainkan melalui Mac.

    Dalam pada masa yang sama, iPhone akan kekal terkunci untuk memastikan privasi pengguna. macOS Sequoia juga memperkenalkan ciri pemberitahuan pada iPhone yang muncul pada Mac. Selain itu, pengguna boleh memindahkan fail antara Mac dan iPhone dengan mudah dengan menyeret dan lepaskan.

    macOS kini boleh mengubah saiz tetingkap aplikasi secara automatik untuk memaksimumkan penggunaan skrin. Terdapat aplikasi baharu Passwords yang membenarkan pengguna mengurus kata laluan untuk Wi-Fi, aplikasi, pelayar web, kod pengesahan dan banyak lagi. Kata laluan disegerakkan merentas peranti dan macOS.

    Aplikasi Safari pula telah diintegrasikan dengan kecerdasan buatan untuk menfokuskan maklumat berguna secara automatik pada pelayar web seperti arah dalam peta atau kandungan video. macOS Sequoia akan dilancarkan secara rasmi pada musim luruh ini dengan beta pembangun tersedia sekarang dan beta awam dilancarkan bulan ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured