Pada Ogos 2023 lalu, Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil mengumumkan Pakej 5G RAHMAH yang bertujuan untuk bantu golongan B40 mendapatkan pelan telekomunikasi 5G yang mampu milik. Pakej tersebut menawarkan data internet 60GB pada harga RM60 sebulan serta telefon pintar 5G pada harga RM240 sahaja.
Pakej tersebut sepautunya tamat pada awal Jun 2024, namun Kementerian Komunikasi memutuskan untuk melanjutkan lagi pakej tersebut sehingga hujung bulan ini.
Dengan lanjutan pakej ini, kerajaan akan menyediakan subsidi maksimum sebanyak RM120 untuk harga telefon pintar 5G. Ia hanya terhad kepada 100,000 pelanggan pertama sahaja dan boleh didapati daripada syarikat telekomunikasi terpilih iaitu CelcomDigi, Maxis dan YES sahaja.
Pakej ini masih menawarkan data internet 60GB pada harga RM60 sebulan, serta telefon 5G pada harga serendah RM240.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pakej ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







