More

    HONOR Magic V Flip dilancarkan: SD 8+ Gen 1, skrin luar 4″ dan pengecasan 66W bermula ~RM3,245

    HONOR telah melancarkan telefon boleh lipat kulit kerang pertamanya iaitu HONOR Magic V Flip di China. Magic V2 yang dilancarkan sebelum ini merupakan telefon boleh lipat berbentuk buku paling nipis dan ringan dalam pasaran.

    Magic V Flip sekali lagi memecahkan rekod untuk boleh lipat kulit kerang paling nipis dan paling ringan dengan ketebalan tidak dilipat 7.15mm, ketebalan bila dilipat 14.89mm serta berat 193g. HONOR Magic V Flip mempunyai paparan penutup 4 inci yang besar pada panel belakang. Ia menampilkan paparan LTPO 120Hz dan kecerahan puncak 2,500 nits.

    Paparan luaran menawarkan pengalaman dwi-skrin dengan skrin bahagian bawahnya digunakan untuk memaparkan pemberitahuan dan masa. Bahagian skrin yang selebihnya digunakan untuk menjalankan aplikasi yang biasa digunakan seperti peta, media sosial dan pemberitahuan waktu nyata. Paparan penutup boleh memainkan video.

    Peranti ini turut mempunyai pensijilan SGS lima bintang. Terdapat pengimbas cap jari yang dipasang di sisi bersama butang kuasa. Skrin dalaman HONOR Magic V Flip berukuran 6.8 inci dengan resolusi 1.5K. Ia menawarkan kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 3,000 nits. Skrin mempunyai perlindungan mata semula jadi dan paparan membantu tidur.

    Peranti ini dilengkapi dengan pembesar suara stereo dwi. Kamera utama pada bahagian belakang menggunakan sensor Sony IMX906 50MP dengan sokongan OIS dan kamera ultra lebar 12MP manakala bahagian hadapan menampilkan kamera swafoto 50MP. Ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 12GB dan storan sehingga 1TB.

    Terdapat juga cip peningkatan RF C1+ yang dibangunkan sendiri oleh HONOR. Baterinya berkapasiti 4,800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W. Ia juga mempunyai sistem penyejukan cecair ultra nipis untuk pelesapan haba. Magic V Flip hadir dengan MagicOS 8 berdasarkan Android 14 dan ditawarkan dalam warna Camellia White, Champagne Pink serta Iris Black.

    Harganya bermula pada CNY 4,999 (~RM3,245) untuk varian asas 8/256GB, varian 12/512GB berharga CNY 5,499 (~RM3,570) dan 12/1TB berharga CNY 5,999 (~RM3,895). Terdapat juga pilihan 16/1TB edisi terhad yang direka oleh Jimmy Cho berharga CNY 6,999 (~RM4,544).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR Magic V Flip ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: HONOR

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured