More

    Indonesia bakal sekat platform X kerana membenarkan kandungan pornografi

    X yang merupakan platform media sosial yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, berdepan potensi untuk disekat di Indonesia. Hal ini kerana perubahan dasar X baru-baru ini yang membenarkan kandungan dewasa pada platform.

    Menteri Komunikasi dan Informatik Indonesia, Budi Arie Setiadi mengancam untuk menutup akses kepada X jika ia tidak mematuhi Undang-undang Pornografi 2008 negara itu. Undang-undang ini melarang sekeras-kerasnya penyebaran bahan lucah.

    Awal bulan ini, X secara rasmi memperkenalkan dasar baharu yang membenarkan penyiaran kandungan dewasa selagi pengguna menggunakan amaran kandungan. X membenarkan orang dewasa untuk melibatkan diri dan mencipta kandungan yang mencerminkan kepercayaan, keinginan dan pengalaman mereka sendiri termasuk seksualiti.

    Ia termasuk kandungan janaan AI, fotografi, animasi seperti kartun, hentai atau anime. Setiadi telah mengeluarkan surat amaran kepada X dengan menggariskan kemungkinan akibat daripada ketidakpatuhan kepada undang-undang Indonesia. Kerajaan bercadang untuk menghantar komunikasi lanjut sebelum membuat keputusan muktamad.

    Pemilik X, Elon Musk dilaporkan tidak bertindak balas terhadap amaran ini dan wakil daripada X sendiri juga masih belum mengulas keadaan tersebut. Indonesia mempunyai sejarah yang baik dalam membanteras pornografi internet. Pada 2014, negara itu mengharamkan Vimeo, Tumblr, Reddit dan Imgur.

    Antara 2016 dan 2023 sahaja, Indonesia menyekat hampir 2 juta laman web yang dipercayai mengandungi bahan lucah. Dasar baharu X juga telah menarik perhatian dan potensi cabaran di Malaysia yang mempunyai peraturan kandungan internet yang ketat.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured