More

    Siri OPPO Reno12 akan dilancar di Malaysia pada 27 Jun 2024

    Siri telefon pintar kelas pertengahan OPPO Reno12 telah diperkenalkan buat kali pertama di China pada bulan Mei lalu, dan dalam masa terdekat, ia akan dilancar untuk pasaran Malaysia pula pada hari Khamis, 27 Jun 2024 jam 4:00 petang. Acara pelancaran tersebut bakal dihoskan oleh selebriti Amelia Henderson dan pereka fesyen Minluna.

    Dalam laman web OPPO Malaysia, syarikat itu mengesahkan bahawa kedua-dua varian utama, Reno12 Pro dan Reno12, akan hadir ke dalam pasaran tempatan. Seperti kebanyakan telefon yang dilancar pada tahun ini, siri Reno12 akan mempunyai beberapa fungsi berdasarkan kecerdasan buatan (AI) seperti AI Portrait Expert dan AI LinkBoost And BeaconLink.

    Siri OPPO Reno12 Pro
    Siri OPPO Reno12 5G

    Kedua-dua telefon mempunyai spesifikasi yang serupa, seperti skrin OLED 6.7 inci 1.5K 120Hz, RAM sehingga 16GB, storan dalaman sehingga 512GB, bateri berkapasiti 5,000mAh, kadar pengecasan pantas 80W dan sistem operasi Android 14 dengan antara muka ColorOS 14.

    Di belakang ia mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera telefoto 50MP dengan zum optikal 2x, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 50MP.

    Perbezaan di antara kedua-dua varian adalah daripada segi cipset, di mana Reno12 standard menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8250 Star Speed Edition manakal Reno12 Pro menggunakan cipset MediaTek Dimensity 9200+ Star Speed Edition. Sensor kamera utama juga berbeza, di mana Reno12 menggunakan sensor Sony LYT-600 manakala Reno12 Pro pula dengan sensor Sony IMX890.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured