Touch ‘n Go eWallet baru-baru ini telah melancarkan kemas kini utama kepada aplikasi dengan memperkenalkan ciri khas yang mengoptimumkan pengalaman dompet digital berdasarkan negara yang pengguna lawati.
Tetapan asas menetapkan pengguna mendapatkan promosi/baucar/kupon dalam Malaysia tetapi ia boleh bertukar secara bebas bergantung pada negara yang anda lawati. Pada masa ini, baucar TnG terus boleh digunakan di China, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Macau dan Singapura.


Sebaik sahaja pengguna memilih negara tertentu, halaman utama dan paparan menu dilaraskan dengan sewajarnya untuk memastikan pengguna boleh mengakses ganjaran dan kupon dengan cepat dan mudah dari negara tersebut.
Pelan kemas kini baharu ini akan dilancarkan secara beransur-ansur kepada semua pengguna Touch ‘n Go eWallet di Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman dan kemudahan pengguna.


Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







