More

    Aplikasi YouTube pada platform Android akan hadir dengan pemasa tidur

    Mungkin ada dalam kalangan kita yang suka menonton video YouTube sehingga tertidur. Namun, hal ini bakal berubah dengan kehadiran ciri baharu dalam aplikasi YouTube. Menurut sumber, versi kemas kini terbaharu aplikasi YouTube untuk Android akan menyertakan pemasa tidur yang kini akhirnya dalam proses pembangunan.

    Ia dibuktikan oleh tangkapan skrin di bawah. Seperti biasa, ia akan membenarkan main balik dihentikan selepas tempoh masa tertentu. Namun, jika anda masih tidak berjaya tidur, anda boleh membuat pilihan untuk menetapkan semula pemasa atau terus menonton tanpa sebarang pemasa tambahan.

    Anda dapat menetapkan bilangan jam dan minit tertentu untuk pemasa dan masa yang tinggal akan dipaparkan sebagai pemberitahuan. YouTube Music sudah pun menawarkan pemasa tidur begitu juga dengan aplikasi penstriman dan podcast lain.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured