More

    ChatGPT kini tersedia pada beberapa model Volkswagen

    ChatGPT kini tersedia pada banyak model Volkswagen termasuk semua kenderaan dalam siri elektrik ID, Golf baharu, Tiguan dan Passat. Integrasi ini hanya ada di Eropah buat masa ini, dengan Amerika Utara akan menyusul tidak lama lagi.

    ChatGPT telah diintegrasikan ke dalam pembantu suara Volkswagen sendiri, IDA, untuk melengkapi perkhidmatan dan menambah lebih banyak ciri, serupa dengan cara Apple menangani perkongsiannya dengan platform OpenAI.

    Ini bermakna pelanggan boleh berkomunikasi dengan kenderaan menggunakan bahasa semulajadi, membolehkan pembantu tersebut “menjawab soalan tentang pelbagai topik”. IDA sudah boleh mengendalikan penyesuaian iklim dan navigasi yang dikawal suara, tetapi penambahan ChatGPT sepatutnya menjadikan semuanya berjalan dengan lebih lancar.

    Volkswagen juga menyatakan bahawa pembantu suara yang dikemas kini ini boleh memberikan maklumat mengenai tarikan pelancongan, laporan permainan bola sepak dan membantu menyelesaikan masalah matematik, menjadikannya serba boleh seperti ChatGPT biasa tetapi dalam sebuah kereta.

    Daripada segi privasi, syarikat tersebut mengatakan bahawa pertanyaan hanya akan dihantar ke awan (cloud) jika IDA tidak dapat mengendalikannya dan ia dihantar secara anonim supaya ChatGPT tidak mendapat data kenderaan anda. Ciri ini juga boleh dinyahaktifkan sepenuhnya melalui aplikasi tetapan Volkswagen.

    Integrasi ChatGPT akan menuju ke Amerika Syarikat dengan kenderaan keluaran 2025 dan pelepasan global menyusul tidak lama selepas itu. Ia tersedia dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Czech dan Jerman.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured