More

    Google Translate tambah sokongan untuk 110 bahasa baharu seperti Iban, Minang dan Jawi

    Google Translate (Terjemahan Google) kini menambah sokongan untuk 110 bahasa baharu dengan bantuan model bahasa (LLM) PaLM 2. Ini adalah penambahan bahasa yang paling banyak sejak Translate diperkenalkan pada tahun 2006.

    Google Translate secara keseluruhannya menyokong 244 bahasa utama dunia dengan sasaran untuk menyokong 1000 bahasa baharu pada masa hadapan. Antara bahasa baharu yang disokong ialah Iban, Banjar, Batak, Minang, Kantonis dan Melayu Jawi.

    110 bahasa yang diperkenalkan digunakan oleh 614 juta pengguna di seluruh dunia. Google Translate yang lebih berkebolehan kini boleh diakses melalui tapak web serta aplikasi pada Android dan iOS. Kami menjangkakan lebih banyak lagi bahasa yang akan datang pada Google Translate terutama etnik di Malaysia.

    Walau apa pun, kami menghargai usaha Google untuk menjadi lebih inklusif dan mesra untuk semua orang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured