fbpx
More

    LHDN buka akses Portal Mylnvois untuk pengeluaran dan penghantaran e-Invois

    Portal Mylnvois Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini boleh diakses untuk pengeluaran dan penghantaran e-Invois. Dalam kenyataannya, LHDN menyatakan bahawa ketersediaan portal Mylnvois menunjukkan komitmen agensi dalam memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar, khususnya bagi pembayar cukai Fasa 1 yang akan menggunakan e-Invois secara mandatori mulai 1 Ogos ini.

    Pembayar cukai boleh mengemukakan e-Invois kepada LHDN melalui Integrasi API bagi syarikat yang mempunyai sistem perisian sendiri atau melalui portal Mylnvois yang boleh diakses secara percuma di https://mytax.hasil.gov.my.

    Sebagai tambahan, Garis Panduan Umum e-Invois (Versi 3.0) dan Garis Panduan Spesifik e-Invois (Versi 2.2) telah dimuat naik di laman Mikro e-Invois di portal LHDN sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai. LHDN juga mengemas kini Software Development Kit (SDK) Versi 1.0 dengan fungsi terbaharu untuk pengesahan tandatangan digital.

    Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melaksanakan e-Invois secara berperingkat, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang menumpukan kepada mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalkan pentadbiran cukai.

    Pelaksanaan e-Invois membolehkan pengesahan dan penyimpanan transaksi hampir masa nyata serta memenuhi keperluan transaksi perniagaan-ke-perniagaan (B2B), perniagaan-ke-pengguna (B2C) dan perniagaan-ke-kerajaan (B2G).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: LHDN

     

    Artikel Terkini

    Nikmati pulangan tunai 2% apabila menggunakan kad Visa Touch ‘n Go eWallet di luar...

    Touch 'n Go eWallet (TNG eWallet) telah memperkenalkan promosi pulangan tunai baharu di mana anda boleh mendapat pulangan tunai sehingga 2% apabila...

    Kerajaan akan lancarkan SuperApp untuk rujukan pemaju, pembeli hartanah pada 2025

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming semalam mengumumkan bahawa kerajaan sedang membangunkan SuperApp untuk memacu analisis data besar bagi...

    Orient Telecoms secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pelan rangkaian perniagaan berkelajuan 10Gbps

    Baru-baru ini, British Orient Telecoms mengumumkan kemasukan rasminya ke pasaran Malaysia dan melancarkan pelan rangkaian perniagaan premium ORBIT 10,000 dengan kapasiti 10Gbps....

    Siri Red Magic 9S Pro rasmi dengan SD 8 Gen 3, sistem penyejukan ICE...

    Red Magic yang terkenal dengan telefon permainan berprestasi tinggi telah mengeluarkan model terbaharunya, siri Red Magic 9S Pro. Telefon baharu ini bertujuan...

    OPPO A3 dilancar: SD 695 dan miliki ketahanan tinggi bermula ~RM1,037

    Hari ini, OPPO A3 secara rasmi telah dilancarkan di China dengan skrin OLED 6.7 inci, cipset Snapdragon 695, RAM sehingga 12GB dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X