More

    AS lanjutkan sekatan terhadap beberapa syarikat telekomunikasi sehingga Mei 2021

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, telah melanjutkan arahan eksekutif dalam melarang syarikat-syarikat negara itu daripada bekerja dengan beberapa syarikat telekomunikasi yang dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara sehingga Mei 2021.

    Arahan ini akan mempengaruhi syarikat telekomunikasi besar dari China seperti Huawei dan ZTE yang tidak dibenarkan bekerjasama dengan syarikat teknologi AS seperti Google dan ARM Holdings.

    Untuk para pengguna, ini bermaksud produk-produk Huawei seperti telefon pintar dan komputer tidak akan dilengkapi dengan sistem operasi Google dalam masa terdekat.

    Sebelum ini, kerajaan AS telah menganggap Huawei dan ZTE sebagai ancaman kepada keselamatan negara, terutamanya produk 5G mereka yang mungkin dilengkapi spesifikasi meragukan.

    Apakah pendapat anda tentang berita ini, terutamanya buat para peminat Huawei? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured