More

    realme 13 pro 5G akan dilancar, bawakan integrasi fotografi AI

    realme mula mengumumkan kehadiran peranti baharu di bawah siri nombornya yang dikenali sebagai realme 13 Pro 5G dan akan tiba di India tidak lama lagi. Ia juga akan menjadi peranti pertama yang mengintegrasikan AI dalam fotografi bertujuan untuk menghasilkan imej yang lebih menarik.

    Untuk makluman anda, melaluinya juga membolehkan realme mampu membuka pelbagai kebolehan dalam fotografi telefon pintar. Pada masa yang sama memberi peluang kepada pengguna untuk mencipta dan melontarkan idea dengan lebih bebas tanpa sekatan.

    Selain itu, tidak banyak yang diketahui tentang perkakasan dalaman peranti ini tetapi ia berkemungkinan akan dipasarkan dalam segmen pertengahan. Imej rasmi juga menunjukkan peranti akan mempunyai bonjolan kamera bulat di tengah bersama-sama dengan penjenamaan HYPERIMAGE+.

    Selain itu, terdapat juga laporan yang mendakwa peranti ini telah ditemui melalui beberapa tapak pensijilan dengan nombor model RMX3989. Spekulasi awal mengatakan peranti itu mungkin juga menggunakan kamera telefoto 50MP (IMX882) dengan keupayaan zum tinggi. Kemudian cip Snapdragon 7s Gen 3 juga boleh menghidupkan peranti ini.

    Kami boleh menjangkakan lebih banyak butiran akan didedahkan dari semasa ke semasa. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme India

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured