More

    Kerajaan akan lancarkan SuperApp untuk rujukan pemaju, pembeli hartanah pada 2025

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming semalam mengumumkan bahawa kerajaan sedang membangunkan SuperApp untuk memacu analisis data besar bagi pembangunan perumahan. Digunakan sebagai alat rujukan untuk pemaju, pembeli dan arkitek untuk projek pembangunan perumahan baharu, SuperApp akan dilancarkan pada 2025.

    Menurut sumber, Nga berkata SuperApp akan membantu pembeli menyemak latar belakang pemaju termasuk latar belakang kawasan kediaman baharu yang akan dibina. Manakala bagi pemaju, ia akan membantu menguruskan perniagaan mereka dengan lebih berkesan dan memastikan projek perumahan dibangunkan di kawasan yang sesuai.

    Tambah Menteri KPKT itu, SuperApp akan menambah baik kemudahan pembangun menjalankan perniagaan dan membantu mereka membuat keputusan yang lebih tepat. Oleh yang demikian juga, ia dapat membantu mengurangkan hartanah tidak terjual kerana melalui analisis data besar, KPKT akan mengetahui kawasan mana yang sesuai untuk jenis produk dan rumah.

    Jadi, pemaju boleh mendasarkan kajian kebolehlaksanaan mereka pada analisis data ini. Apakah pendapat anda tentang SuperApp yang akan datang daripada kerajaan ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured