More

    Reka bentuk, spesifikasi CMF Phone 1 didedah menjelang pelancaran 8 Julai ini

    CMF by Nothing bersedia untuk melancarkan telefon pintar pertamanya pada 8 Julai yang dipanggil CMF Phone 1. Peranti baharu ini dijangka akan mula diperkenalkan dalam segmen pertengahan di India. Menjelang pelancaran, jenama itu secara rasmi mendedahkan reka bentuk belakangnya yang lengkap.

    Namun, ketirisan pada platform X (kini dipadamkan) daripada Yogesh Brar telah mengesahkan reka bentuk hadapannya. Imej hadapan peranti yang bocor mengesahkan beberapa spesifikasi yang dikhabarkan seperti peranti menampilkan cipset MediaTek Dimensity 7300 bersama-sama dengan RAM 8GB dan pilihan untuk mengembangkan RAM secara maya.

    Pilihan storan akan bermula pada 128GB. Untuk optik, peranti ini akan mempunyai kamera utama 50MP dan kamera swafoto 16 MP manakala paparan akan berukuran 6.67 inci menggunakan teknologi AMOLED dan dilengkapi dengan bezel sederhana. Akhir sekali, peranti ini akan dikuasakan oleh bateri 5,000mAh dan beroperasi pada Nothing OS 2.6.0.

    Bahagian belakang peranti akan mempunyai pilihan untuk menambah aksesori seperti kickstand, cangkuk untuk memasang tali pada peranti dan bank kuasa atau dompet untuk kad kredit. Penutup belakang boleh ditanggalkan dan akan disertakan dengan empat pilihan warna iaitu hitam, biru, hijau muda dan oren.

    Alat membuka SIM akan berfungsi sebagai kepala pemutar skru untuk membantu menukar bahagian belakang dan menambah aksesori. Kongsi pendapat anda tentang telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X CMF by Nothing

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured