More

    Google Chrome akan perkenalkan ‘tab groups’, kumpulkan pelbagai tab dalam satu kategori

    Tidak lama lagi, Google akan perkenalkan fungsi tab groups dalam pelayar laman web Google Chrome, di mana pengguna boleh mengumpulkan pelbagai tab mengikut satu kategori. Buat masa ini, fungsi ini boleh didapati untuk mereka yang telah berdaftar untuk Chrome Beta.

    Anda kini boleh mengkategorikan tab anda dengan nama dan warna yang ditetapkan oleh anda sendiri. Selepas mencubanya selama beberapa bulan, Google mendapati pengguna Chrome gemar mengkategorikan mengikut topik, seperti membeli-belah, ulasan produk dan sebagainya.

    Sebagai contoh, pengguna juga boleh mengkategorikan mengikut status persiapan seperti “haven’t started”, “in progress”, “need to follow up” dan “completed”. Fungsi ini akan mula diperkenalkan secara perlahan-lahan bermula minggu hadapan untuk pengguna Chrome OS, Windows, Mac dan Linux.

    Beritahu kami pendapat anda tentang fungsi baru dalam Chrome ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google Blog

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured