More

    Shell lancarkan stesen pengecas EV di Genting Highlands, tawarkan kuasa sehingga 360kW

    Pada hari ini, Shell Malaysia memperkenalkan stesen pengecas kenderaan elektriknya (EV) yang terbaru, terletak di pusat peranginan popular Resorts World Genting. Stesen pengecas ini menawarkan pengecasan berprestasi tinggi (high-performance charging, HPC) dengan kadar pengecasan sehingga 360kW.

    Stesen pengecasan ini terdiri daripada empat ruang pengecas HPC 360kW dan enam ruang pengecasan AC 22kW. Dengan ketinggian 1,865 meter, ini juga menjadikannya stesen pengecas EV di altitud yang paling tinggi dalam Malaysia.

    Bagi mendemonstrasikan kebolehan stesen pengecasan ini, Shell mengecas sebuah Porsche Taycan menggunakan salah satu daripada empat pengecas DC 360kW. Baterinya boleh dicas daripada 10% hingga 80% dalam masa 18 minit sahaja.

    Anda boleh tempah stesen pengecasan ini dengan aplikasi ParkEasy. Anda perlu membayar yuran tempahan terlebih dahulu kemudian sebuah ruang pengecas akan disediakan untuk anda selama 10 atau 60 minit. Jika anda tiba ke ruang pengecas dalam tempoh 10 minit, yuran tempahan itu akan dipulangkan kepada anda.

    Shell Malaysia juga bekerjasama dengan Porsche Malaysia bagi memberikan manfaat-manfaat khas kepada pemilik Porsche Taycan, seperti keahlian Platinum secara percuma selama tiga tahun, diskaun 50% untuk pengecasan DC sehingga 180kW, yuran tempahan RM4 sahaja dan pulangan tunai sehingga 10% apabila menggunakan pengecas AC.

    Untuk mengetahui kadar pembayaran stesen pengecasan EV ini, anda boleh lihat jadual di bawah:

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mengecas kenderaan elektrik anda di stesen baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured