More

    Microsoft akan naikkan harga langganan Xbox PC Game Pass kepada RM20 sebulan

    Xbox PC Game Pass telah tersedia di Malaysia selama dua tahun dengan harga langganan sebulan RM15 tetapi nampaknya harga tersebut akan meningkat. Menurut dokumen rasmi oleh Microsoft, mereka akan menaikkan harga langganan bulanan di semua pasaran bermula pada 12 September 2024.

    Di Malaysia, langganan bulanan akan meningkat kepada RM20 sebulan, meningkat sebanyak RM5. Jika dikira untuk tempoh setahun, harga asal yang perlu pelanggan bayar ialah RM180 setahun tetapi ia akan bertukar menjadi RM240 pada masa hadapan (perbezaan RM60).

    Langkah untuk menaikkan harga langganan bulanan ini adalah disebabkan oleh penstrukturan semula perniagaan utama baru-baru ini dalam Microsoft yang mengakibatkan banyak penutupan studio pembangun dan pemberhentian kakitangan. Selain itu, menaikkan yuran akan meningkatkan lagi hasil kerana Game Pass untuk Xbox dan PC tidak berkembang seperti yang dijangkakan.

    Walaupun begitu, pemain masih boleh bermain permainan baharu yang akan datang pada hari pertama. Ini termasuk Call of Duty: Black Ops 6 yang dilancarkan pada 24 Oktober 2024 dan banyak permainan lain di platform. Permainan Bethesda dan EA juga disertakan pada PC Game Pass.

    Sumber: XBOX

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured