More

    Anda kini boleh padam sejumlah komen ‘haters’ sekaligus di Instagram anda

    Jika selama ini anda menghadapi kesusahan untuk memadam komen di laman Instagram anda secara satu-persatu, kini usah khuatir lagi! Instagram mengumumkan ciri baru yang memberi kemudahan untuk menguruskan akaun anda dan memperkuat usaha untuk menentang buli siber.

    Salah satu ciri barunya adalah kebolehan untuk memadam komen secara banyak sekaligus. Mudah sahaja, anda cuma perlu menekan pada mana-mana komen yang ingin dipadam. Apabila ikon tiga titik muncul, anda perlu memilih ‘Manage Comments’. Kini anda boleh memadam sehingga 25 komen sekaligus!

    Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh mengehadkan ‘Restrict’ atau menyekat ‘Block’ mana-mana akaun dengan cepat tanpa perlu membuka halaman Instagram mereka dahulu. Caranya seperti cara untuk memadam komen, tetapi anda perlu memilih pilihan ‘Block’ atau ‘Restrict’.

    Beralih kepada fungsi yang paling disukai oleh kami secara peribadi, Instagram membenarkan anda untuk pin komen kesukaan. Komen yang dipin akan muncul terlebih dahulu sebagai komen utama pada perkongsian anda. Tidak lupa juga kepada fungsi yang membenarkan anda untuk memilih akaun yang boleh ‘tag’ atau ‘mention’ anda.

    Kesemua fungsi yang tertera sudah boleh digunakan melalui peranti Android atau iOS. Jadi, anda boleh menyemak kemas kininya dan beritahu komen anda mengenai ciri baru ini di laman Facebook. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Instagram melalui tweaktown

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured