More

    HONOR Magic Vs3 turut dilancar dengan SD 8 Gen 2, kamera periskop 8MP berharga ~RM4,503

    Selain daripada Magic V3, HONOR turut melancarkan telefon boleh lipat keduanya untuk tahun ini iaitu Magic Vs3. Kedua-dua peranti didatangkan dengan reka bentuk baharu dan spesifikasi yang dinaik taraf dengan ketara berbanding pendahulunya.

    HONOR Magic Vs3 memaparkan paparan AMOLED melengkung dengan bezel nipis pada bahagian hadapan bersaiz 6.43 inci dengan resolusi 2,376 x 1,060 piksel dan kecerahan puncak 2,500 nits. Ia mempunyai panel dalaman yang sama yang berukuran 7.8 inci dengan resolusi 2,344 x 2,156 piksel dan kecerahan maksimum mencapai 1,600 nits.

    Kedua-dua skrin menampilkan kadar penyegaran LTPO 120Hz dan menyokong HDR Vivid. Daripada segi reka bentuk, HONOR Magic Vs3 menampilkan ketebalan hanya 9.7mm apabila dilipat dan 4.65mm apabila dibuka serta berat 229 gram. Terdapat pengimbas cap jari yang dipasang di sisi pada butang kuasa. Telefon lipat ini dilengkapi dengan engsel titanium dan keluli perisai yang memastikan ketahanan dan ringan.

    HONOR Magic Vs3 didatangkan dengan tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP OIS, ultra lebar 40MP dan periskop 8MP OIS dengan zum digital 5x optik dan 50x. Skrin luaran dan dalaman mempunyai kamera swafoto 16MP dan 8MP. Peranti ini dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM sehingga 16GB dan storan 1TB.

    Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 66W dan pengecasan wayarles 50W. Terdapat juga peningkatan RF dan cip keselamatan untuk sambungan yang stabil dan perlindungan privasi. Peranti ini berjalan pada MagicOS 8.0 dan ditawarkan dalam warna Qilian Snow, Tundra Green serta Velvet Black.

    Harganya bermula daripada CNY 6,999 (~RM4,503) untuk varian 12/256GB manakala varian 12/512GB berharga CNY 7,699 (~RM4,949) dan varian 16/1TB berharga CNY 8,699 (~RM5,593). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR Magic Vs3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured