More

    Pasukan Malaysia layak ke pusingan terakhir MLBB Mid Season Cup buat kali pertama dalam sejarah

    Pasukan Selangor Red Giants melakar sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia yang mencapai peringkat akhir dalam kejohanan e-sukan antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Mid Season Cup (MSC) yang sedang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

    Mereka layak ke pusingan akhir selepas menewaskan pasukan dari Singapura, NIP Flash, dengan keputusan 3-0 dalam pusingan separuh akhir.

    Untuk pusingan akhir ini, Red Giants akan bertempur dengan pasukan dari Filipina, AP.Bren, yang merupakan pemenang M5 World Championship pada bulan Disember lalu.

    Setakat ini, Red Giants tidak pernah lagi mengalami kekalahan dalam peringkat kumpulan MSC. Malah, mereka juga memenangi semua pusingan sewaktu memenangi takhta MPL Malaysia pada awal tahun ini.

    Untuk rekod, Red Giants telah mencatatkan 105 hari tanpa kalah dalam 24 perlawanan berturut-turut. Berikutan kejayaan ini, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan ucapan tahniah secara peribadi kepada pasukan tersebut dan berharap mereka akan terus berjaya dalam perjuangan e-sukan untuk negara.

    Kenyataan rasmi daripada Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi

    Perlawanan akhir di antara Selangor Red Giants dengan AP.Bren akan berlangsung pada jam 6:00 petang hari ini. Anda juga boleh menghadirkan diri ke lokasi-lokasi tersebut jika anda ingin menonton siaran langsung secara beramai-ramai:

    • MAEPS Serdang by Felda Nation x MSC 2024 Watch Party
    • Hakim Restaurant SS7 Shah Alam by YB Najwan Exco Sukan
    • Palazzo Mall USJ 9 by YB Michelle Adun USJ
    • Restaurant Murjana Maju SS24 Shah Alam by YB Danial Adun Batu Tiga
    • The Cage, Lalaport KL by Angkatan Muda Keadilan Federal Territories

    Kami berharap Red Giants akan berjaya dinobatkan sebagai juara MSC. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured