More

    Astro tawarkan siaran Olimpik Paris 2024 secara percuma untuk para pelanggan

    Temasya sukan antarabangsa terbesar pada tahun ini, Olimpik Paris 2024, akan bermula pada minggu hadapan iaitu 24 Julai sehingga 12 Ogos 2024. Bagi memudahkan anda untuk menonton atlit-atlit Malaysia dalam Olimpik 2024 serta acara-acara sukan lain, Astro akan menyiarkan semua acara Olimpik 2024 secara percuma kepada para pelanggannya.

    Astro akan membawakan 18 saluran khas untuk Olimpik 2024 dalam format definisi tinggi (HD), terdiri daripada 16 saluran yang disiarkan terus daripada Olimpik serta dua saluran (Saluran 801 dan 802HD) yang akan disiarkan dengan komentar dalam Bahasa Melayu.

    Selain itu, enam saluran juga boleh ditonton dalam aplikasi Astro GO. Untuk pelanggan penstriman sooka, 16 saluran Olimpik boleh dilanggan pada harga bermula RM13.90 dan ke atas, atau pun anda boleh dapatkan sooka Premium pada harga promosi bermula RM29.60 (harga asal RM47.10 sebulan).

    Untuk para pengguna NJOI pula, semua pelanggan aktif Starter Pack (kecuali Pek HD) akan menerima akses kepada 10 saluran Olimpik Paris 2024. Starter Pack boleh dibeli pada harga bermula RM28 untuk tempoh 30 hari.

    Jika anda bukan seorang pelanggan Astro, anda boleh mula melanggan dengan harga promosi bermula RM41.99 sebulan, dengan diskaun 30% dan pemasangan percuma. Layari laman web Astro untuk maklumat lanjut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton Olimpik 2024 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured