More

    ASUS ROG Zephyrus G16, TUF Gaming A14 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” bermula RM7,599

    ASUS Malaysia telah melancarkan dua komputer riba gaming baharu yang disegarkan semula untuk tahun 2024 iaitu ASUS ROG Zephyrus G16 (AMD) dan ASUS TUF Gaming Laptop A14. ROG Zephyrus menampilkan prestasi tinggi yang dipakejkan dalam reka bentuk yang mudah dibawa, manakala TUF Gaming A14 adalah sebuah komputer riba gaming yang direka untuk tahan lasak.

    ASUS ROG Zephyrus G16

    Zephyrus G16 menampilkan pemproses AMD Ryzen 9 AI HX 370 yang mempunyai 12 teras, 24 threads dan AMD Ryzen AI XDNA 2 NPU dalaman yang boleh menjana prestasi AI sehingga 50 TOPS dan 31 TOPS daripada CPU dan unit grafik bersepadu Radeon 800M.

    Skrinnya pula mempunyai panel OLED dengan NVIDIA G-SYNC, resolusi 2.5K, nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 240Hz dan pengiktirafan VESA DisplayHDR True Black 500 untuk pengalaman HDR yang mengasyikkan.

    Selain itu, ia dilengkapi unit pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 dan kuasa grafik keseluruhan (TGP) sehingga 105W. Dengan prestasi AI sehingga 321 TOPS, ia boleh menjana prestasi gaming, suntingan gambar dan suntingan video yang pantas serta membenarkan fungsi seperti DLSS 3 Super Resolution yang menggunakan AI untuk menghasilkan kadar bingkai yang lancar dalam game.

    Untuk memori, ia mempunyai RAM LPDDR5X-7500 sehingga 32GB dan jika anda menghubungkan kad memori SD, ia menyokong standard SD Express 7.0 untuk pemindahan fail yang pantas. Ini juga adalah komputer riba ROG pertama yang dilengkapi WiFi 7 untuk kelajuan internet yang lebih tinggi jika digunakan dengan router yang sesuai.

    Ia turut dilengkapi sistem penyejukan ROG Intelligent Cooling yang terdiri daripada besi cecair (liquid metal) pada CPU dan sistem paip haba fiber-and-mesh dengan rekaan tiga kipas Arc Flow Fans.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk ASUS ROG Zephyrus G16:

    • Pemproses AMD Ryzen 9 AI HX 370
    • GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 atau 4070, kuasa TGP sehingga 105W
    • Sistem operasi Windows 11 Home
    • Skrin OLED 16 inci, resolusi 2560×1600, kadar segar semula 240Hz, gamut warna DCI-P3 100%, menyokong NVIDIA G-SYNC, pengiktirafan VESA DisplayHDR True Black 500, Pantone Validated, Delta E<1, Dolby Vision
    • RAM LPDDR5X-7500MHz 32GB
    • Storan M.2 2280 PCIe 4.0 SSD 1TB atau 2TB
    • Papan kekunci RGB
    • Pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos
    • WiFi 7, Bluetooth v5.4
    • Bateri 90Wh
    • Ukuran: 35.4 x 24.6 x 1.49 ~ 1.74 cm
    • Berat: 1.85kg
    • Harga:
      • RTX 4060, 32GB+1TB: RM11,499
      • RTX 4070, 32GB+2TB: RM13,499
    • Hadiah pra-tempahan: ROG SLASH Hard Case Luggage (bernilai RM999)

    ASUS TUF Gaming A14

    Komputer riba ini merupakan komputer riba 14 inci yang pertama dalam barisan produk TUF Gaming. Dengan saiz yang kecil itu, ia mempunyai berat 1.46kg dan ketebalan 1.69cm sahaja supaya ia mudah dibawa ke mana-mana.

    "
    "

    Walaupun dengan saiz yang lebih kecil berbanding TUF Gaming sebelum ini, ia masih dilengkapi NVIDIA GeForce RTX 4060 dengan TGP 100W untuk prestasi gaming yang bagus untuk komputer riba.

    Pengguna juga boleh membesarkan RAM dan storan sedia ada dengan slot dwi-saluran LPDDR5 serta dua slot M.2 2280 SSD. Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas melalui port USB-C dengan pengecas yang sesuai.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk ASUS TUF Gaming A14:

    • Pemproses AMD Ryzen 9 AI HX 370
    • GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 kuasa TGP sehingga 100W
    • Sistem operasi Windows 11 Home
    • Skrin IPS 14 inci, resolusi 2560×1600, nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 165Hz, gamut warna sRGB 100%, kecerahan 400 nits menyokong NVIDIA G-SYNC
    • RAM LPDDR5X-7500MHz 16GB
    • Storan M.2 2280 PCIe 4.0 SSD 1TB
    • Papan kekunci chiclet dengan backlight putih
    • Pembesar suara Dolby Atmos, Hi-Res Audio
    • WiFi 6E, Bluetooth v5.3
    • Bateri 73Wh
    • Ukuran: 31.11 x 22.75 x 1.69~1.99 cm
    • Berat: 1.46kg
    • Harga: RM7,599
    • Hadiah pra-tempahan: ASUS TUF Gaming Monitor VG249Q3A (bernilai RM755)

    Promosi pra-tempahan akan berlangsung pada 17 Julai sehingga 31 Julai 2024. Layari laman web ASUS Malaysia untuk tempahan ASUS ROG Zephyrus G16 atau ASUS TUF Gaming A14. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...