More

    Xiaomi MIX Flip dilancar: SD 8 Gen 3, skrin penutup 4.1″ 120Hz bermula ~RM3,868

    Baru-baru ini, Xiaomi mengadakan acara mega di China dengan memperkenalkan pelbagai produk baharu termasuk telefon pintar dan peranti boleh pakai. Xiaomi akhirnya memasuki segmen telefon boleh lipat gaya kerang dengan Xiaomi MIX Flip. Xiaomi MIX Flip menampilkan paparan penutup 4.01 inci yang merupakan skrin terbesar dalam segmen tersebut.

    Skrin menawarkan kadar penyegaran 120Hz, resolusi 1.5K dan kecerahan puncak 3,000 nits. Xiaomi menggunakan Dragon Crystal Glass untuk perlindungan skrin. Skrin penutup juga mempunyai alat dengar khusus dan mikrofon di atas bezel atas yang membolehkan pengguna membuat panggilan tanpa membuka peranti.

    Skrin dalaman utama Xiaomi MIX Flip berukuran 6.86 inci dan mempunyai resolusi yang sama, kadar penyegaran dan kecerahan puncak seperti paparan pada penutup. Peranti ini mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi pada butang kuasa. Beratnya hanya 192 gram dan berukuran 15.99mm tebal apabila dilipat.

    Untuk bahagian kamera, MIX Flip mempunyai persediaan dua kamera belakang berjenama Leica yang terdiri daripada sensor OIS utama 50MP dan unit telefoto 50MP dengan zum 2x. Skrin dalaman mempunyai kamera swafoto 32MP yang ditempatkan di dalam potongan lubang tebuk.

    Peranti ini memuatkan mod Master Portrait bersama-sama dengan keupayaan merakam merentasi empat jarak fokus. Xiaomi MIX Flip dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3, RAM LPDDR5 sehingga 16GB dan storan UFS 4.0 1TB. Terdapat ruang penyejukan wap 3D untuk pelesapan haba. Baterinya berkapasiti 4,780mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W.

    Ia menggunakan sistem operasi HyperOS berdasarkan Android 14. Xiaomi MIX Flip didatangkan dalam warna putih, ungu dan hitam. Harganya bermula pada CNY 5,999 (~RM3,868) untuk model 12/256GB manakala 12/512GB berharga CNY 6,499 (~RM4,190). Varian 16/1TB membawa tanda harga CNY 7,299 (~RM4,706).

    Telefon lipat itu akan tersedia mulai 23 Julai di China dan nantikan pengumuman rasmi daripada Xiaomi tentang ketersediaannya secara global kelak. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi MIX Flip dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured