More

    OPPO Reno12 F 4G dilancar: Dilengkapi cipset SD 685, OLED 6.7″, cas pantas 45W

    Walaupun OPPO baru sahaja melancarkan telefon pintar kelas pertengahan OPPO Reno12 F 5G di Malaysia pada pertengahan bulan ini, kini OPPO global melancarkan satu varian baharu untuk telefon tersebut iaitu OPPO Reno12 F 4G. Varian baharu ini mempunyai banyak persamaan dengan varian 5G, kecuali daripada segi cipset dan fungsi-fungsi tertentu.

    OPPO Reno12 F 4G menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 685, berbeza dengan varian 5G yang dilengkapi MediaTek Dimensity 6300. Kedua-duanya merupakan cipset kelas pertengahan lapan teras yang dibuat dengan nod proses 6nm, jadi kita boleh jangkakan prestasi yang hampir sama.

    Varian 4G juga mempunyai RAM yang lebih kecil iaitu 8GB sahaja, manakala storan dalaman masih ditawarkan dalam pilihan yang sama iaitu 256GB atau 512GB. Selain itu, varian 4G menyokong hubungan Bluetooth 5.0 standard, berbeza dengan Reno12 F 5G yang menyokong Bluetooth 5.3.

    Daripada segi pilihan warna, Reno12 F 4G ditawarkan dalam jingga Amber Orange, hijau Olive Green dan kelabu Matte Grey. Varian 5G hanya ditawarkan dalam warna jingga dan hijau sahaja. Rekaan fizikal untuk kedua-dua varian masih kekal sama.

    Pilihan warna Reno12 F 4G
    Kamera Reno12 F 4G

    Spesifikasi lain untuk Reno12 F 4G adalah sama dengan varian 5G. Ia menggunakan skrin OLED 6.7 inci dengan resolusi Full HD+, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas SuperVOOC 45W. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 32MP.

    Sistem operasinya adalah Android 14 dengan antara muka ColorOS 14.0.1 yang menawarkan pelbagai fungsi AI seperti AI Eraser, AI Recording Summary, AI Writer dan banyak lagi.

    OPPO masih belum mengumumkan harga untuk Reno12 F 4G dan setakat ini tiada maklumat mengenai pelancarannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured