More

    Nothing Phone (2a) Plus akan bawa cipset MediaTek Dimensity 7350 Pro

    Nothing akan melancarkan Phone (2a) Plus pada 31 Julai ini dan penggunaan kata “Plus” telah menjadi topik dan persoalan oleh peminat gajet. Jenama tersebut memulakan kempen promosi mereka, memberikan petunjuk sebelum pengumuman rasmi di X.

    Ciri utama yang didedahkan adalah pemproses peranti ini iaitu cipset MediaTek Dimensity 7350 Pro, yang mempunyai kelajuan sehingga 3 GHz. Ini menjanjikan Phone (2a) Plus 10% lebih pantas secara keseluruhan berbanding Phone (2a) standard.

    Phone (2a) Plus akan mendapat peningkatan GPU yang signifikan dengan kelajuan 30% lebih tinggi berbanding Dimensity 7200 Pro pada Phone (2a). Peningkatan ini bertujuan untuk memberikan prestasi yang lebih baik dalam pemprosesan grafik dan pengiraan kompleks. Nothing mendakwa bahawa Dimensity 7350 Pro adalah eksklusif dunia, walaupun ia hanya terpakai pada versi “Pro” yang disesuaikan dengan kerjasama Nothing, sama seperti Dimensity 7200 Pro sebelumnya.

    Selain daripada cipset yang berkuasa, Nothing Phone (2a) Plus akan dilengkapi dengan RAM 12GB dan sokongan RAM Boost 8GB menggunakan ruang storan tambahan untuk memori tambahan. Sebagai tarikh pelancaran semakin hampir, lebih banyak butiran dijangka akan didedahkan, mengekalkan jangkaan yang tinggi untuk peranti terbaru Nothing.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured