More

    Redmi Pad Pro 5G dilancar di Malaysia: Skrin 12.1″ 2.5K, SD 7s Gen 2, bateri 10,000mAh berharga RM1,799

    Xiaomi Malaysia pada hari ini melancarkan tablet Redmi Pad Pro 5G yang menawarkan fleksibiliti kepada mereka yang inginkan tablet skrin besar serta hubungan kepada rangkaian 5G bagi kemudahan yang mudah di mana-mana sahaja. Tablet ini pernah dilancar di Malaysia pada Jun lalu, namun varian tersebut hanya boleh dihubungkan kepada WiFi sahaja.

    Tablet ini mempunyai skrin berukuran 12.1 inci dengan resolusi 2.5K (2560×1600), nisbah aspek 16:10 dan kadar segar semula 120Hz bagi meningkatkan pengalaman tontonan video atau membaca dokumen. Ia juga dilengkapi empat pembesar suara dengan pengiktirafan Dolby Atmos bagi menghasilkan kualiti audio yang kuat dan jelas

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2, RAM 8GB, storan dalaman 256GB dan bateri 10,000mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 33W.

    Untuk tugasan produktiviti, Redmi Pad Pro 5G boleh digunakan dengan papan kekunci Redmi Smart Keyboard dan stilus Redmi Smart Pen. Papan kekunci ini mempunyai jarak travel 1.3mm untuk setiap kekunci dan key pitch 19mm, manakala stilus mempunyai bateri yang boleh bertahan sehingga 12 jam.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk tablet ini:

    • Skrin 12.1 inci, resolusi 2560×1600, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 600 nits, menyokong Dolby Vision, diiktiraf TÜV Rheinland, dibina dengan kaca Gorilla Glass 3
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 256GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 1.5TB
    • Kamera utama 8MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 10,000mAh
    • Pengecasan pantas 33W
    • Empat pembesar suara Dolby Atmos dan Hi-Res Audio
    • Menyokong rangkaian 5G, hubungan Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.2
    • Sistem operasi Android U dengan Xiaomi HyperOS
    • Ukuran 280 x 181.85 x 7.52mm | berat 566 gram
    • Pilihan warna kelabu Graphite Gray dan hijau Mint Green
    • Harga: RM1,799

    Redmi Pad Pro 5G akan dijual di Malaysia bermula 26 Julai 2024 dan boleh didapati di pengedar sah Xiaomi, laman web Xiaomi Malaysia, Shopee dan Lazada. Pelanggan yang membelinya sebelum 2 Ogos 2024 akan menerima papan kekunci Redmi Pad Pro (bernilai RM399) secara percuma, sementara stok masih ada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured