More

    Anda dijemput untuk sertai Liga Predator Asia Pasifik Malaysia, pemenang akan bawa pulang RM180 ribu

    Acer Malaysia akan menganjurkan pusingan kelayakan untuk peringkat Malaysia bagi Liga Predator Asia Pasifik 2025 dan anda semua dijemput untuk mendaftarkan diri sebelum 18 Ogos 2024 bagi menyertainya. Dua game yang akan dipertandingkan adalah DOTA 2 dan Valorant.

    Ia akan dianjurkan dalam empat wilayah iaitu Kuala Lumpur (14-15 September 2024), Sabah (21-22 September), Johor (18-19 Oktober) dan Pulau Pinang (26-27 Oktober). Para pemenang daripada setiap peringkat tersebut akan bertarung dalam pusingan akhir yang akan diadakan di Lembah Klang pada November 2024.

    Para pemenang akan menerima hadiah sebanyak RM180,000 serta melayakkan diri ke Pusingan Akhir Liga Predator Asia Pasifik 2025 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Januari tahun hadapan. Ia bakal menjadi kali pertama pertandingan e-sukan antarabangsa ini dianjurkan dalam Malaysia, selepas ia dianjurkan di Indonesia, Thailand, Jepun dan Filipina sejak penubuhannya pada 2018.

    Dalam Pusingan Akhir tersebut, pasukan yang mewakili Malaysia bakal bersaing dengan pasukan-pasukan antarabangsa dari 14 negara. Jika anda berminat untuk menyertai Pusingan Kelayakan yang akan berlangsung pada bulan September dan Oktober, anda boleh layari laman web ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured