More

    PlayStation Portal boleh dipra-tempah bermula 5 Ogos ini pada harga RM999

    Semalam, Sony mengumumkan pelancaran PlayStation Portal untuk pasaran Malaysia di mana ia akan dijual pada harga RM999. Portal PlayStation akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Oktober 2024, tetapi mereka yang berminat boleh membuat pra-tempah mulai 5 Ogos 2024.

    PlayStation Portal adalah salah satu peranti yang menawarkan sokongan mainan jauh atau “Remote Play” untuk konsol PlayStation 5 (PS5). Ia hadir dengan skrin LCD 8 inci dengan keupayaan 1080p dan boleh menstrim game terus daripada PS5.

    Dengan peranti ini, pengguna boleh bermain permainan PlayStation 5 tanpa perlu berada di hadapan televisyen, membolehkan permainan dilakukan di mana-mana bilik dalam rumah. PlayStation Portal bersambung ke PS5 melalui WiFi dengan kelajuan minimum 5Mbps.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Blog PlayStation

     

    Artikel Terkini

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured