More

    Meta lancarkan AI Studio untuk Instagram, benarkan pengguna cipta karakter AI sendiri

    Meta hari ini mengumumkan bahawa para pengguna Instagram akan boleh mencipta watak AI mereka sendiri dengan AI Studio. Buat masa ini, ia hanya disediakan di Amerika Syarikat sahaja dan berikut adalah segalanya yang anda perlu tahu tentang AI Studio untuk Instagram.

    AI Studio adalah sebuah fungsi Instagram yang membenarkan anda untuk mencipta watak AI dengan nama tersendiri, personaliti, tona, avatar dan cogan kata (tagline). Anda juga boleh menggunakan beberapa templat sedia ada atau gunakan AI untuk bantu anda laksanakan tugas-tugas spesifik seperti menulis kapsyen, menjana meme dan banyak lagi.

    Fungsi AI Studio ini boleh digunakan untuk kegunaan peribadi atau cipta kandungan untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan pengikut dalam Instagram, Facebook Messenger, WhatsApp dan laman web rasmi AI Studio.

    Dengan huraian di atas, AI Studio dibina dengan tujuan untuk membantu para pencipta kandungan dalam meluaskan audiens mereka. Sebagai contoh, jika seorang pencipta kandungan itu terlalu sibuk, beliau boleh menggunakan AI sebagai alat bantuan untuk menjawab soalan yang kerap ditanyakan dalam pemesejan terus (DM) atau Stories.

    Pencipta kandungan juga boleh mematikan fungsi auto balas itu pada bila-bila masa sahaja serta boleh pilih orang yang perlu dibalas oleh AI melalui professional dashboard dalam aplikasi Instagram. Setiap jawapan yang dijana oleh AI akan mempunyai label khas supaya para peminat boleh mengetahui ia adalah daripada AI.

    Setakat ini, Meta masih belum mengumumkan sebarang perancangan untuk menawarkan AI Studio kepada pasaran antarabangsa. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Meta

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured