More

    Infinix NOTE 40X 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 6300, kamera 108MP, RAM 12GB berharga RM849

    Infinix Malaysia hari ini memperkenalkan telefon pintar mampu milik yang terbaru dalam siri Infinix NOTE iaitu Infinix NOTE 40X 5G. Telefon ini dijual pada harga RM849 sahaja namun ia mempunyai beberapa spesifikasi yang menyaingi telefon ribuan Ringgit.

    Telefon ini dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 6300 5G yang dibuat dengan nod proses 6nm dan terdiri daripada lapan teras iaitu dua teras Cortex-A76 2.4GHz dan enam teras Cortex-A55 2.0GHz. Ia boleh dihubungkan dengan rangkaian 5G dalam mod SA (Standalone) dan NSA (Non-Standalone) untuk hubungan 5G pantas.

    Skrinnya mempunyai resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman menatal (swiping) yang lancar. Di belakang, ia mempunyai kamera utama 108MP yang membenarkan pengguna untuk mengambil gambar dengan butiran jelas, serta kamera makro 2MP untuk mengambil gambar objek yang dekat.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada RAM 12GB yang boleh dibesarkan secara maya sebanyak 12GB lagi, menjadikan RAM keseluruhan kepada 24GB. Storan dalamannya berkapasiti 256GB, manakala baterinya pula berkapasiti 5,000mAh.

    Telefon ini juga mempunyai sistem operasi Android 14 dengan antara muka XOS 14. Pada masa hadapan, ia bakal menerima dua kemas kini utama Android dan kemas kini keselamatan selama tiga tahun.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Infinix NOTE 40X 5G:

    • Skrin LCD 6.78 inci, resolusi 1080×2460, kadar segar semula 120Hz
    • Cipset MediaTek Dimensity 6300 5G
    • RAM 12GB, boleh dibesarkan secara maya sehingga 24GB
    • Storan dalaman 256GB, boleh dibesarkan dengan microSD sehingga 1TB
    • Kamera utama 108MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan 18W
    • Pembesar suara stereo DTS
    • Pengimbas cap jari sisi
    • Port USB-C, bicu audio 3.5mm
    • Pilihan warna biru Palm Blue, hitam Starlit Black, hijau Lime Green
    • Rating kalis air IPX2
    • Harga: RM849

    Infinix NOTE 40X 5G boleh dibeli bermula hari ini di Lazada, Shopee atau TikTok Shop. Ia juga boleh dibeli di kedai-kedai fizikal yang menjadi pengedar sah Infinix Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured