More

    HUAWEI Malaysia akan taja biasiswa untuk 6 pelajar UTM terpilih

    HUAWEI Malaysia hari ini menandatangani Memorandum Persetujuan (MoA) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi melancarkan sebuah program biasiswa untuk membantu para pelajar terpilih dalam melengkapkan pengajian mereka di universiti tersebut.

    Dengan MoA ini, HUAWEI akan menaja enam orang pelajar dengan membayar yuran pengajian selama setahun. Jika seorang pelajar yang layak itu sudah pun memulakan semester kedua dalam tahun tersebut, beliau akan turut menerima bayaran untuk semester pertama.

    Program ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di UTM dalam tahun kedua, ketiga atau keempat, serta mempunyai Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) 3.20.

    Para pelajar yang sudah memiliki pengiktirafan Huawei Certified ICT Associate (HCIA), Huawei Certified ICT Professional (HCIP) atau Huawei Certified ICT Expert (HCIE) akan mempunyai kelebihan sewaktu proses pemilihan biasiswa ini dijalankan.

    Di samping itu, para pelajar yang menjadi sebahagian daripada program HUAWEI Seeds for the Future, HUAWEI Sales Elite Challenge dan lain-lain program latihan HUAWEI juga akan mempunyai kelebihan untuk mendapatkan biasiswa ini.

    Selepas graduasi, para pelajar yang ditaja oleh HUAWEI akan diberi peluang untuk bekerja dalam syarikat itu selama sekurang-kurangnya dua tahun.

    Adakah anda akan memohon biasiswa ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured