More

    Fahmi Fadzil: Lesen media sosial tidak terpakai kepada pengguna individu di Malaysia

    Rangka kerja kawal selia baharu untuk perkhidmatan media sosial dan pemesejan internet yang diperkenalkan hari ini atau keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan, tidak terpakai kepada pengguna platform media sosial itu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

    Fahmi berkata antara 1 Ogos dan 31 Dis, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) juga akan mengadakan sesi perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk wakil platform media sosial dan penyedia sistem pemesejan internet untuk mengenal pasti tatakelakuan dan tindakan yang mungkin diambil kerana gagal memiliki lesen atau ingkar arahan.

    Kegagalan mematuhi arahan akan menyebabkan penyedia platform media sosial dan pemesejan internet didakwa mengikut Seksyen 126 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya apabila disabitkan.

    Beliau juga mengumumkan bahawa SKMM telah menerbitkan soalan lazim yang menerangkan tentang sistem pelesenan untuk rujukan orang ramai. Anda boleh melihatnya di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured