More

    realme C61 rasmi di Malaysia dengan skrin 90Hz, kamera 50MP dan perlindungan IP54 berharga RM499

    realme C61 yang merupakan ahli baharu dalam siri C telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Ia boleh didapati dalam dua warna iaitu Sparkle Gold dan Dark Green. Sorotan utama realme C61 ialah paparan 6.74 inci 90Hz, ketebalan 7.84mm, cipset UNISOC T612, bateri 5,000mAh dengan pengecasan 15W dan kamera utama 50MP.

    Memandangkan kos pembaikan yang tinggi untuk masalah seperti skrin retak atau kamera rosak, realme C61 kini didatangkan dengan waranti 730 hari dan perkhidmatan penggantian alat ganti 1-on-1. Menurut pengenalan rasmi, realme C61 dilengkapi dengan lapan teknologi peningkatan struktur utama dengan fungsi penyerapan jatuhan, kalis air dan suhu yang tinggi.

    realme C61 dilengkapi penarafan standard IP54 untuk kalis habuk dan kalis air. Ia juga menyediakan jaminan kesihatan bateri selama 4 tahun. Daripada segi prestasi, realme C61 dilengkapi dengan RAM sehingga 18GB (Dinamik RAM 12GB).

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme C61:

    • Skrin LCD IPS 6.74 inci, resolusi 720 x 1600, kadar segar semula 90Hz
    • Cipset Unisoc Tiger T612
    • RAM 6GB, boleh dibesarkan secara maya sehingga 18GB (Dinamik RAM 12GB)
    • Storan dalaman 128GB, boleh dibesarkan dengan microSD
    • Kamera utama 50MP
    • Kamera swafoto 5MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan 15W
    • Pengimbas cap jari sisi
    • Port USB-C, bicu audio 3.5mm
    • Pilihan warna Sparkle Gold dan Dark Green
    • Rating kalis habuk dan kalis air IP54
    • Harga: RM499

    Dalam aspek lain, realme C61 menyokong ciri tambahan termasuk gerak isyarat udara, sentuhan tangan basah, Enjin AI Boost, pengecaman muka dan pengimbas cap jari serta berharga RM499. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme C61 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured