More

    vivo V30 Pro 5G dengan kamera ZEISS yang Aura light 3.0 kini berharga RM2,399

    vivo Malaysia dengan bangganya mengumumkan tawaran istimewa untuk telefon pintar vivo V30 Pro 5G. vivo V30 Pro 5G kini tersedia pada harga RM2,399 dengan diskaun RM200 daripada harga asalnya RM2,599.

    Dilancarkan pada bulan Mac, vivo V30 Pro menawarkan sistem kamera yang dihasilkan bersama ZEISS membawa ciri-ciri utama termasuk kamera potret Profesional ZEISS yang menghasilkan potret menakjubkan dengan kesan bokeh yang natural, kamera sudut ultra lebar AF 50MP dan kamera utama 50MP VCS True Color yang menawarkan ketepatan warna dan kualiti imej yang unggul.

    Ia juga menawarkan pelbagai ciri menarik seperti Aura Light 3.0 memberikan sentuhan gaya peribadi dengan kesan pencahayaan dinamik pada panel belakang. Telefon ini dilengkapi dengan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 80W untuk penggunaan sepanjang hari dan pengecasan yang cepat. Reka bentuk ultra nipis 7.45mm memberikan keselesaan tambahan, manakala Paparan Ultra Jelas Cahaya Matahari dengan resolusi 1.5K memastikan visual yang terang walaupun dalam keadaan luar yang cerah.

    Anda boleh kunjungi kedai dalam talian rasmi vivo Malaysia, Shopee, Lazada, TikTok Shop atau pengedar sah vivo terdekat untuk tawaran ini. Lawati laman web rasmi vivo Malaysia dan halaman media sosial mereka untuk maklumat lanjut mengenai vivo V30 Pro 5G. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured