More

    Anda kini boleh menyemak geran kenderaan di aplikasi MyJPJ

    Jika anda pemilik kenderaan, anda kini boleh menyemak geran kenderaan secara digital terus daripada aplikasi MyJPJ. Paparan Sijil Pemilikan Kenderaan (e-VOC) boleh disemak di bahagian Profil anda.

    Bagi mendapatkan ciri baharu ini, sila kemas kini aplikasi MyJPJ pada peranti anda kepada versi 2.6.5 atau lebih baharu (untuk peranti Android dan iOS). Jika anda belum memasang aplikasi MyJPJ pada peranti, anda boleh memuat turunnya dari Play Store atau App Store.

    Aplikasi MyJPJ adalah perkhidmatan untuk orang ramai dan kakitangan JPJ. Selain itu, orang ramai boleh menyemak maklumat berkaitan perkhidmatan JPJ seperti saman, tarikh luput Lesen Kenderaan Bermotor (LKM), tarikh luput lesen memandu, nombor plat terkini dan lain-lain. Orang awam juga boleh mendaftarkan ID Awam dan mencari lokasi pejabat cawangan JPJ.

    Selain itu, terdapat pautan pantas ke aplikasi JPJ lain seperti JPJeBid dan JPJeQ. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured