More

    Robot Tesla Optimus kini dipamerkan di Pavilion Kuala Lumpur

    Tesla Optimus yang merupakan robot berkonsep manusia kini sedang dipamerkan kepada khalayak ramai di Pavillion Kuala Lumpur. Tujuan utama robot ini dipamerkan adalah bersempena pameran Tesla yang bermula hari ini 6 Ogos sehingga 11 Ogos ini.

    Berdasarkan imej yang dikongsi melalui laman Instagram rasmi Tesla Malaysia, Optimus akan diletakkan di antara kereta Model Y dan Model 3. Tesla Optimus ialah robot yang dibangunkan untuk tujuan menggantikan pekerja manusia di kilang Tesla.

    Elon Musk pada asalnya berkata robot itu akan mula dijual kepada syarikat yang berminat pada 2025 tetapi kemudian ditangguhkan kepada 2026. Selain itu, Tesla diliihat memberi saingan kepada syarikat robotik lain seperti Boston Dynamics. Melalui perkongsian di media sosial, Optimus boleh berjalan perlahan, menari dalam kumpulan dan melipat pakaian.

    Daripada segi ketangkasan, ia masih berada di belakang robot Atlas oleh Boston Dynamics yang bukan sahaja boleh berlari malah boleh melompat seperti akrobat dan membantu pekerja di tapak pembinaan. Adakah anda akan berkunjung ke Pavillion Kuala Lumpur untuk melihat dengan lebih dekat robot Optimus ini?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured